4 CARA UTAMA BUAT DUIT DI E-BAY

Untuk pengetahuan anda ada 4 cara yang utama untuk anda menghasilkan jualan di laman eBay.

1. Menjualan barang peribadi anda.
Anda boleh lakukan ini dengan menjual barangan-barangan peribadi yang anda rasa tidak diperlukan lagi. Seperti mana koleksi-koleksi ebook, majalah elektronik, peralatan komputer, peralatan sukan ataupun baju-baju lama. Tetapi pastikan semua barangan yang anda ingin jual masih berada dalam keadaan baik dan berpotensi untuk dijual. Saya sendiri ada menjual baju-baju berjenama budak seperti POLO, ADIDAS, TOMMY dan banyak lagi.

2. Jual perkhidmatan anda
Semua orang mempunyai bakat tersendiri. Anda yang pandai menulis lagu, melukis potret, membuat arca, menghasilkan laman web dan membuat blog. Sekiranya anda mempunyai kepakaran tertentu, kenapa tidak anda menawarkan perkhidmatan ini kepada ahli-ahli di eBay. Anda boleh umumkan di ruangan forum seperti di forum eBay atau forum usahawan Malaysia Wangcyber.com

3. Jual barangan orang lain.
Kaedah ini banyak digunapakai oleh penjual-penjual ‘senior’ di Ebay. Setelah mereka kehabisan barangan peribadi untuk dijual, mereka tidak ada lagi sumber yang boleh memberikan hasil. Oleh itu, mereka mendapatkan barangan daripada pembekal untuk dijual semua di laman eBay. Cuba anda dapatkan barangan yang berharga murah dan memberikan anda keuntungan yang lebih tinggi. Saya ada menjual satu produk yang dinamakan POWER SAVER. Alat ni sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai bil elektrik tinggi dan sesiapa yang mahu jimatkan belanja bulanan untuk bil letrik.

4. Jadi agen atau Affiliate
Mungkin ini sedikit lari dari fokus menghasilkan kekayaan melalui eBay. Akan tetapi saya perlu juga masukan cara terakhir ini untuk memberikan anda info bagaimana menghasilkan duit melalui kaedah ini. Sekiranya anda langsung tidak mempunyai minat untuk menjual sebarang produk dan perkhidmatan di eBay,anda boleh menghubungi mana-mana “member store” dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka untuk mendapatkan komisyen jualan sekiranya ada pengunjung yang membeli menerusi promosi yang telah anda lakukan. Sebagai contoh, anda boleh lihat bagaimana laman web widgetbucks.com, kebanyakan penjual akan membina blog dan kemudian mempromosikan link affiliate ini kepada pelawat mereka. Saya sendiri ada menjadi agen affiliate. Secara puratanya, banyak yang saya perolehi setiap bulan dari komisen affilite ini.
Selamat mencuba...